Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kali ini mari kita berbicara sedikit mengenai suatu isu yang terlalu lama wujud dan masih menjadi isu sehingga ke hari ini. Hudud.
Sebaik sahaja PAS menang dan mengambil alih Kelantan dalam pilihanraya 1990, mereka telah merangka dan melaksanakan Enakmen Hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada waktu itu. Dan saya cukup percaya, manifesto hudud yang menjadi kekuatan PAS sehingga berjaya merampas Kelantan daripada kerajaan BN pada waktu itu. Ini taktik yang sangat biasa dalam politik dalam negara mahupun politik dunia. Kerana secara psikologi dan naluri manusia itu sendiri mereka mudah terpengaruh atau melatah sekiranya perkara yang membabitkan agama dimainkan.
Tindakan daripada PAS, melaksanakan hukum hudud di Kelantan mengakibatkan timbulnya pelbagai spekulasi dan tohmahan daripada pihak lawan, BN. Ada yang mendakwa PAS sebagai sesat, akidah sudah terpesong, menindas golongan wanita dan sebagainya. Namun, penarikan balik Enakmen Hudud di Kelantan bukan disebabkan faktor tersebut. Kita perlu faham. Untuk melaksanakan suatu undang-undang di peringkat negeri di Malaysia, beberapa syarat perlu dipenuhi. Pertama, pindaan terhadap Kanun Keseksaan. Kedua, sokongan majoriti daripada ahli Parlimen termasuk PAS, BN dan semua wakil rakyat. Ketiga, kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri. Kegagalan memenuhi syarat ini yang menjadikan Enakmen Hudud ditarik balik daripada dilaksanakan.
Persoalannya adalah, apakah perlu hudud dilaksanakan?
Kita ambil contoh cadangan pembinaan masjid di Ground Zero, tapak peristiwa berdarah 9/11 dimana World Trade Centre ( WTC ) runtuh dirempuh oleh dua buah kapal terbang yang dipercayai dirampas oleh pengganas yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Islam, Al-Qaeda. Cadangan pembinaan masjid ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat Kristian di Amerika Syarikat ( AS ). Hal ini akhirnya menimbulakan rentetan peristiwa yang lebih menyedihkan iaitu Hari Pembakaran Al-Quran yang telah dicadangkan oleh Paderi Terry Jones, ketua sebuah gereja di Florida, AS. Mengapa pembinaan masjid ini ingin dilaksanakan di tempat tersebut? Tambahan lagi kematian yang berlaku pula dikaitkan dengan umat dan agama Islam. Tindakan ini seolah-olah mencurah minyak ke dalam api. Membuatkan ia makin membara.
Seperti juga dalam isu hudud di Malaysia. Terlalu banyak masalah yang bakal dihadapi sekiranya hudud dilaksanakan. Saya bukan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud namun sekiranya dilaksanakan ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar sama ada kepada umat Islam mahupun agama Islam itu sendiri. Masyarakat Malaysia yang menganut agama lain, yang tidak memahami hukum hudud dengan sebenar-benarnya, tidak mempunyai kefaham yang jelas mengenai hukum hudud pasti menentang pelaksanaan ini. Hubungan penduduk Islam dengan bukan Islam di negara ini akan semakin renggang. Bagaimana hukum hudud ingin dilaksanakan sekiranya kempen kesedaran, bengkel kefahaman atau apa sahaja usaha penyampaian kefaham mengenai hukum hudud tidak dilaksanakan? Bagaimana anda boleh mahu bakal majikan anda ambil anda bekerja sekiranya mereka tidak tahu apa kemahiran atau kebolehan yang anda anda? Bagaimana anda mahu orang ramai membeli produk anda sekiranya mereka tidak tahu kebaikan yang bakal diperolehi dari produk anda?
Kekurangan kefahaman ini lah sebenarnya yang menjadi modal bagi BN untuk menghasut supaya rakyat Malaysia menentang usaha murni daripada PAS ini. Kekurangan fahaman ini lah menjadi modal untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
Selain itu, sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia, peratusan campur tangan daripada luar sangat tinggi. Kenapa? Kerana Malaysia telah pun menandatangani dan meraktifikasikan Deklarasi Hak Asasi Manusia, yang dirangka oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948 di Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Perancis. Tambahan pula Malaysia, sewaktu di bawah pemerintahan Tun Mahathir adalah antara negara yang paling lantang mengecam Amerika Syarikat dan Israel, dua buah negara yang paling suka masuk campur dalam hal ehwal negara lain dan mendakwa diri mereka sebagai polis dan penjaga keamanan dunia. Kita boleh lihat negara-negara lain yang mendapat campur tangan dari mereka, huru-hara dan bergolak sehingga sekarang. Kita tidak mahu itu yang berlaku kepada negara kita, antara negara yang paling elok untuk didiami di dunia.
Akan ada suara-suara yang mengecam nanti. "Ini hukum Allah. Kita WAJIB melaksanakannya!". Ini benar. Itu menjadi tanggung jawab kita sebagai umat Islam. Namun sekarang di Malaysia kita mengamalkan undang-undang sekular. Untuk mengubah memerlukan masa yang sangat lama dan usaha yang sangat-sangat keras diperlukan. Kita juga perlu komited dalam perjuangan ini. Namun usaha dengan mengeji-ngeji pihak kerajaan bukan caranya. Mengutuk mereka dalam ceramah bukan caranya. "Mereka kafir sebab itu mereka tolak hukum Allah!". Tidak elok sebegitu. Masalah sebenar dalam pelaksanaan hukum ini ialah penerimaan masyarakat bukan Islam. Sebaiknya, kita mulakan usaha memberi pendedahan kepada umat Islam dan bukan Islam. Buat forum, ceramah atau kempen-kempen pendidikan besar-besaran dan berterusan mengenai hukum-hakam Islam yang selama ini kita tidak pernah lakukan! Kempen kesedaran ini juga perlu bersifat holistik, menyeluruh, bukan untuk rakyat Kelantan sahaja. Usaha mempromosikan pelaksanaan hudud juga tidak boleh untuk pelaksanaan hudud di Kelantan sahaja. Ia juga perlu promosi pelaksanaan hudud di Malaysia secara keseluruhannya.
Rasulullah S.A.W sendiri tidak memaksa orang memeluk Islam. Tidak pernah mengutuk mengeji orang yang tidak memeluk Islam. Apa yang Baginda lakukan? Dakwah! Apa itu dakwah? Ajar! Beritahu! Maklumkan! Khabarkan! Beri petunjuk kepada jalan yang benar. Itu konsep dakwah. Sebelum kita mahu hudud ini dilaksanakan, supaya tentangan dapat dielakkan, supaya nama dan maruah agama Islam tidak tercemar, kita beri mereka pendidikan apa itu hudud yang sebenarnya. Insyaallah mereka akan menerimanya.
p/s:
maaf sekiranya penulisan tidak tersusuntulisan hanya bersifat peribadi dan hanya mahu menyampaikan pendapat kepada semua
0 comments:
Post a Comment