Thursday, September 8, 2011

Fikir Pakai Otak Bukan Lutut


Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir!! Jangan ikut je ape orang cakap!!


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dicabar berdebat dengan pakar-pakar sejarah negara jika benar beliau yakin tindakannya mengagungkan komunis dibuat berdasarkan fakta sebenar.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tokoh sejarah seperti Datuk Prof Dr. Ramlah Adam dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi seteru debat Mohamad atau Mat Sabu.

"Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah menjelaskan dengan terperinci siapa sebenarnya Muhammad Indera (Mat Indera) yang diagung-agungkan oleh Mat Sabu. Mat Indera petualang negara dan bukannya pejuang.

"Tetapi kalau Mat Sabu masih merasa dia lebih hebat daripada pakar sejarah negara, eloklah dia berdebat dengan Dr. Ramlah dan Dr. Kay Kim. Kita tengok fakta siapa lebih tepat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yang ni sorang lagi nak berbunyi jugak. Mari saya jelaskan sekali lagi walaupun saya dah jelaskan dalam artikel sebelum ini Johor dan Mat Indera . Mat Sabu menyatakan beliau menganggap Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan. Hal ini disokong oleh satu artikel yang ditulis oleh Mohammed Hadi Al Majwi. Mohammed Hadi Al Majwi ini pula menulis artikel dengan merujuk buku "Pengukir Nama Johor" terbitan Yayasan Warisan Johor yang diterbitkan pada tahun 2004.


Jadi Ahmad Maslan buat apa serang Mat Sabu lagi? Mat Sabu kenyataan lisan sahaja. Pergi serang sumber hitam putih, yang telah ditulis dan dibaca ramai orang. Nafikan dahulu buku tersebut. Kata Ketua Penerangan UMNO Pusat. Mesti putar belit power kan? So nafikan dulu buku itu. Kalau nak berdebat sangat bawak Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim berdebat dengan wakil dari Yayasan Warisan Johor dan penulis buku Pengukir Nama Johor dan bukannya Mat Sabu! Dia cakap apa yang dia baca sahaja. Tambahan lagi dengan merujuk hasil terbitan negeri kubu kuat UMNO sendiri!!


Jangan jadi Pandai Tidak Boleh Diikut, Bodoh Tidak Boleh diajar!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget