Thursday, September 8, 2011

Cukai 6% ibarat duri. Kecil Tapi Menyakitkan

Duit Lebih Hulur Lah Walau Sedikit
Ini rumah rakyat miskin

ini rumah menteri.

Cukai perkhidmatan 6% tambah nilai, kad sim


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini.
Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.utusan malaysia


Pelaburan babitkan RM1.43 billion

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lapan inisiatif baharu dan dua projek dipulihkan dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1.43 bilion.
Perdana Menteri berkata, inisiatif baru dan projek tersebut akan menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM8.4 bilion.
“Lapan inisiatif baharu itu juga bakal menawarkan 9,965 pekerjaan tambahan. Secara keseluruhan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM171.21 bilion, PNK RM228.55 bilion dan 372,361 pekerjaan baharu,” katanya.utusan malaysia


Hal ini memang menaikkan darah ni. Pada hari yang sama, akhbar yang sama dilaporkan jumlah pelaburan asing yang tinggi masuk ke dalam negara ketika kerajaan mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan telekomunikasi sebanyak 6 %!! 


Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan kekukuhan ekonomi negara. Peningkatan KDNK sungguhpun masalah ekonomi yang diakibatkan kejatuhan nilai matawang US dollar. Pertambahan perbelanjaan terhadap sektor pendidikan, perindustrian dan telekomunikasi. Peruntukan beratus juta ringgit sepanjang jelajah PM menemui rakyat melalui janji pembinaan jalan raya dalam kampung, lebuhraya, perumahan kos rendah, jambatan dan sebagainya. Siap bonus hari raya untuk kakitangan kerajaan RM500 lagi.


Jadi, kenaikan 6% caj perkhidmatan ini apa? Kalau benar kita makin kaya mengapa kerajaan kenakan caj ini? Kalau dah tahu tak ade duit jangan la sesuka hati berbelanja. Hutang negara banyak woi! Jangan jadi bodoh baca Utusan. Kalau tak percaya bukak website BNM( Bank Negara Malaysia) kalau nak tengok hutang negara. 


Sebenarnya memang kerajaan ini mengalami masalah kewangan. Jika tidak mengapa terdapat pembekuan dalam pengambilan kerja beberapa sektor sepert Imigresen, JPJ dan Polis? Mengapa terdapat banyak syarikat yang terlibat dalam membekalkan kemudahan terhadap institusi kerajaan mengeluh belum lagi mendapat bayaran daripada perkhidmatan yang diberikan mereka? Mengapa projek atau tender untuk kontraktor diberi penangguhan yang terlalu lama untuk proses pembayaran?


Hal ini memang sangat membebankan. Kerana majoriti pengguna prabayar atau kita panggil TOPUP adalah golongan muda. Kebanyakannya masih dalam persekolahan dan belum bekerjaya. Mereka mungkin tidak akan terbeban tetapi yang terpaksa menanggungnya ibu bapa. Yang memberikan elaun perbelanjaan kepada mereka. Maksudnya, peningkatan caj telekomunikasi ini akan meningkatkan kos sara hidup mereka!


Mungkin kita memandang 6 % tidak lah banyak sangat. Tetapi fikir balik kerana ia berkaitan TELEKOMUNIKASI!! Dan medium telekomunikasi paling banyak digunakan sekarang ialah TELEFON BIMBIT yang memerlukan KREDIT yang kita beli melalui penyedia servis. Apa kerajaan mahu kita kurangkan berkomunikasi? Ini Bullshit!


Kerajaan tahu kita selalu menggunakan perkhidmatan ini dan hampir 20 juta rakyat negara ini mempunyai atau pun menggunakan perkhidmatan ini lantas mengambil KESEMPATAN atas keadaan ini. Ini senario yang sangat mudah untuk kita fahami. Setiap kali kerajaan mengalami masalah kewangan, cekik rakyat. 


Bukti paling jelas ialah pilihanraya. Nak dekat pilihanraya beratus juta dibelanjakan untuk projek itu projek ini. Rakyat yang bodoh pon termakan lah. Selepas pilihanraya, minyak naik, gula naik, ayam naik, gandum naik! Rakyat? Tak naik-naik. Kekal ditakuk lama. Tapi bini PM? Naik tak henti-henti!! 


Diharapkan bantahan dari beberapa NGO, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan masyarakat dinilai semula oleh kerajaan dan caj 6% ini tidak dilaksanakan. Cukuplah dengan kenaikan kadar tarif elektrik, cukai jalan, tarif air, harga makanan, minyak, yuran sekolah dan berpuluh lagi kenaikan harga. And please tell Rais Yatim to stop it!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget