Saturday, September 3, 2011

Lebuh raya PAS- Boleh Ke Tidek?

Yeke? Belom try belom tahu....


Dalam akhbar penipu nombor satu Malaysia, Utusan Malaysia, Senator Awang Adek telah membuat satu kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak akan mampu mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Kelantan sampai bila-bila. Kenyataan ini mungkin sambungan daripada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan kerajaan negeri Kelantan tidak akan mampu membina lebuh raya di Kelantan.


Hebat juga Awak Adek ni. Selain seorang senator, beliau juga tukang tilik termasyhur di negara ini. Saya bersetuju dengan kenyataan Awang Adek. Bukan Kelantan sahaja, mana-mana negeri di Malaysia atau mana-mana negara di dunia juga tidak akan mampu mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas di negara mereka. Kita hanya mampu mengurangkan sahaja kesesakan lalu-lintas. Kalau Awang Adek nak lalu-lintas yang perfect, tidak sesak, beliau boleh buat rumah di bukit dan tinggal di sana. Buat atas Gunung Kinabalu pon ok juga. Kuala Lumpur dan Selangor yang 24 jam mendapat perhatian daripada kerajaan BN, sistem monorail, terminal bersepadu, transit dalam bandar, berbelas lebuh raya juga masih gagal menangani masalah kesesakan lalu lintas. Ketuk dulang paku serpih. camno lah buleh jadi senator ni......

Tok Pa ni pon sorang lagi. Nak berbunyi juga sorang ni. Ketika isu royalti minyak Kelantan sedang hangat dahulu, beliau antara rakyat jati negeri Kelantan yang menentang keras usaha kerajaan negeri Kelantan mendapatkan royalti minyak daripada kerajaan pusat. Apa beliau tidak mahu melihat negeri sendiri dibangunkan? Sampai sekarang aku pening macam mano lah orang Jeli boleh undi dia ni jadi wakil rakyat. Kalau anda pergi sendiri ke Jeli, apa sumbangan Tok Pa kepada rakyat di kawasan Jeli? Beli bola untuk budak-budak main bola waktu petang boleh lah. Apa lagi? Non ado. 

Berbalik kepada kedua-dua kenyataan yang telah dikeluarkan oleh 2 orang yang sedang bekerja keras untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya Kelantan berjaya dirampas oleh BN, ada benarnya. Ia akan menjadi benar sekiranya konsep Ali Baba diamalkan dalam pembinaan lebuh raya itu nanti. Ia akan menjadi benar sekiranya konsep kronisma diamalkan dalam pembinaan lebuh raya itu nanti. Ia juga akan menjadi benar jika ulama-ulama yang mentadbir negeri juga makan wang haram seperti wakil rakyat BN. Bagi mengelakkan hal ini berlaku diharapkan pembinaan lebuh raya ini dilakukan melalui tender terbuka. No sorok-sorok. No duit kopi. No duit bawah meja. Jangan nanti menjadi ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Selain itu perkembangan pembinaan lebuh raya juga mestilah disampaikan kepada rakyat. Jumlah bajet, kontraktor yang terlibat, tempoh pembinaan dan lain-lain. Mengenai bajet untuk membina lebuh raya tiu saya pasti kerajaan negeri sudak mempunyai wang yang cukup atau mempunyai sumber dana mungkin bantuan daripada negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Apa pun yang jelas kerajaan negeri lebih jelas. Kami selaku rakyat hanya mendoakan agar projek ini dilaksanakan dengan lancar dan telus demi kebajikan rakyat dan negeri.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget