Wednesday, June 1, 2011

Perbahasan Harga Petrol Malaysia

Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?
Tidak.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.
2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?
Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:
Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.
3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:
Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):
Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21
Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)
4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?
Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22
Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10
Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23
Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.
Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24 Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
Presiden AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan 'menggalakkan pembaziran', secara berperingkat. (Gambar daripada medicalcreditfund.org)
Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.
Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26 Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong.


1. Adakah harga petrol di Malaysia murah?

Ya. Buat masa kini.

Adakah harga petrol selaras dengan pendapatan rakyat malaysia?

Tidak. Terutamanya 10 tahun kebelakangan ini.

Artikel ini khusus untuk BIDAS artikel andak yang jelas merapu + mengarut + mengampu + merepek.

Opss.. kenapa aku terlebih2 dan berdrama pula? Sorry andak. It's just me. So me. Itu attitude aku. Saja bikin provoke. Hhahaha.. chill keyh.

Hujah Andak.

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Hujah AmenoWorld

Singapura bukan sahaja mempunyai harga minyak yang 'terbaik' mahal tetapi mereka memiliki lebih dari itu. Mereka mempunyai sistem pengangkutan yang terbaik, mereka mempunyai pakej pembelian rumah yang terbaik, mereka mempunyai kualiti hidup yang terbaik, pendidikan, pentadbiran, ketelusan, keadilan yang lebih-lebih-lebih-lebih-lebih baik dari malaysia. 

Tahu kah di singapore ada kerjaya sebagai polis kebersihan? Untuk mengawal kebersihan di singapore. Ia seperti mata2 yang memerhatikan masyarakat singapore di satu lokasi tertentu yang orang ramai cenderung buang sampah! Punyalah teliti orang singapore menjaga negara mereka. 


Selain itu di singapore juga kerajaaan mereka mempunyai sistem kawalan kesesakan lalu lintas. Dengar citer sistem ini untuk mencegah traffic jam di kawasan2 tertentu pada waktu2 tertentu, mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dengan kerap, disamping itu untuk mengawal pencemaran alam. 


Aku pernah baca pasal neh tapi tak berapa sure sangat macam mana. Kalau benar bagai yang dikata, minyak bukan sesuatu product yang singaporean selalu beli ye tak? Patutlah sistem pengangkutan singapore berada ditahap yang terbaik dan terbersih. Dan patutlah kalau harga minyak mahal pun mereka bukan selalu beli. Apatah lagi negara mereka kecik. Pusing2 pun takan habis rm100-200 untuk isi minyak kan? Heh

Membandingkan singapore dengan malaysia haruslah di analisa dari semua sudut. Seseorang yang bergaji rm2k bakal membayar harga ron 95 sebanyak rm2.60 seliter kelak di malaysia bukannya rm1.90sen lagi. Rumah, pendidikan, perubatan segala2nya mahal di malaysia namun gaji yang diterima pula agak cikai. Bulan jun ini harga minyak dijangka naik sebanyak 0.10sen menjadikan kita perlu membayar rm2.00 ke atas kelak.  Ini bukti dari statement pemandu.



Jelas harga minyak malaysia sudah tidak murah lagi. Apatah lagi minyak malaysia digunakan hampir seluruh rakyat malaysia berikutan sistem pengangkutan yang cikai di malaysia.

2. Mengapakah harga petrol malaysia tidak semurah brunei?

Mahal murah bukan soal pokok perbandingan dan perbincangan disini andak. Adakah harga yang ditetapkan itu relevant dengan penggunaan dan keuntungan yang diperolehi?

Hujah andak

Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.

Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang:

Hujah AmenoWorld

Sila rujuk carta yang dinyatakan oleh andak neh terlebih dahulu ;

Ini ialah carta andak berhubung perkara di atas. Apa yang boleh aku simpulkan daripada carta andak ialah ;

1. Size sesebuah negara bukan punca utama negara itu kaya. Buktinya qatar [1] lebih besar dari singapore [3] dan brunei [6] tetapi rakyat mereka mempunyai kuasa beli yang besar berbanding brunei dan singapore.

2. Sumber2 alam bukan punca sesebuah negara mempunyai penduduk yang mempunyai kuasa beli yang besar buktinya singapore yang tiada sumber alam yang banyak menduduki tangga ke-3 berbanding malaysia di tangga ke 60..

3. Jumlah penduduk bukan membuktikan penduduk mempunyai kuasa beli yang besar, buktinya ;

penduduk qatar [1] lebih ramai daripada singapore[3], penduduk amerika [5] lebih rakyat dari indonesia [122] tapi penduduk malaysia [60] lebih ramai dari brunei [6] dan singapore [3].

Dalam erti kata lain populasi yang kecil + negara kecil = bukan faktor utama harga minyak murah = kuasa beli rakyat besar.

Sebaliknya sistem pentadbiran cekap + bebas rasuah + keadilan ditegakkan + kurang penyelewengan = kuasa beli rakyat di sesuatu negara menjadi besar + kecekapan pengurusan + menambahkan hasil negara + mengurangkan harga2 barangan tertentu apabila bantuan subsidi di salurkan di tempat yang betul untuk kumpulan sasaran yang betul.

Faham? Kalau tak faham tengok bawah ;

 sumber jadual disini.

Lihat carta di atas. Inflasi di malaysia semakin lama semakin tinggi. Salah satu penyebab inflasi ialah = kurang kuasa beli pengguna. Dalam erti lain ; 

Gaji tetap / kenaikan sangat kecil = harga barang keperluan meningkat dari tahun ke tahun.

Siapa yang mempengaruhi penetapan gaji di malaysia? = kerajaan.
Siapa yang mempengaruhi harga barangan keperluan di malaysia? = kerajaan.
Siapa yang sepatutnya menyelia peniaga tamak? = kerajaan.

Jadi jika KDNK negara rendah = lemah = sapa yang patut dipersalahkan? Ya, betul, kerajaan + rakyat. Kenapa? Tidak pandai mentadbir. Dan siapa yang pilih pentadbir? Rakyat. Jadi disini rakyat perlu berubah = pilih pentadbir yang cekap = untuk majukan diri. Jika kita mempunyai bos yang bodoh, sebijak mana pun kita selagi mana kita bekerja dengan dia, kita tidak mampu membawa apa2 perubahan sebab bos bodoh sudah tentu tak akan memahami idea bernas.

Lihat pada tahun 1995. Pendapatan perkapita kita berada di paras paling tinggi pada tahun itu. Siapa yang perintah negara pada ketika itu? Ada otak lue fikir. Bagi masa dan peluang kepada diri kita. Jika anwar ibrahim tidak mampu membawa perubahan, kita cari orang lain. Di malaysia kita punya banyak pemimpin. Yang pasti najib + muhyiddin = bukan pemimpin yang lebih cekap dari anwar ibrahim. Inilah sebabnya umno hanya mampu menyerang peribadi anwar ibrahim bukan otak dia disebabkan otak dan idea2 dia memang bagus. 

Jadi kalau harga petrol murah di brunei = kurang penduduk = subsidi lebih = tiada bukti. Tiada bukti bahawa kerajaan brunei memberikan subsidi kepada penduduk mereka. Harga yang rendah dipercayai kerana brunei mengambil keuntungan yang paling minimum untuk tidak membebankan rakyat jelata.

Harga petrol di malaysia = mahal = banyak penggunaan = banyak penduduk = banyak pekerja asing = pratikal?

Penduduk malaysia memilih pengangkutan sendiri sebagai pengangkutan utama akibat sistem pengangkutan awam tahap cikai + sampah. Maka disini mereka kena isi petrol dengan kerap. Pengisian petrol kerap + jana pendapatan station minyak + beri peluang pekerjaan + jana ekonomi negara = jasa rakyat kepada kerajaan untuk memacu ekonomi.

Jadi apa balasan kerajaan kepada penduduk? Tarik subsidi sebab membebankan kerajaan? Padahal kita tolong dia gerakkan ekonomi beb. Tapi kita di anggapkan membebankan lak? Ada otak lue fikir sendiri. Heh.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?

Harga petrol di malaysia tidak perlu murah cuma perlu bersesuaian dengan pendapatan + keperluan rakyat malaysia.
Hujah andak

Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama. Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11

Hujah AmenoWorld.

Rakyat malaysia sebenarnya tidak mahukan harga minyak yang murah. Apa yang mereka inginkan ialah harga minyak haruslah berpadanan dengan pendapatan yang mereka raih setiap bulan. Dah alang2 si andak neh menipu aku nak jelaskan sedikit kat sini bahawa jangan terperangkap bila mereka cakap ;

1. Malaysia import lebih banyak dari eskport.

2. Malaysia bukan OPEC.

Sebab apa, walaupun malaysia import lebih banyak dari eskport akibat jumlah penduduk namun siapa boleh jamin bahawa jumlah import [dalam matawang] lebih TINGGI nilainya dari jumlah eskport? Minyak malaysia minyak berkualiti tinggi. Harganya di pasaran ialah harga yang sangat tinggi.

So untuk membandingkan perkara neh petronas harus buka buku kira2 mereka. Mari kita lihat adakah harga bayaran untuk jumlah import lebih tinggi dari jumlah eskport. Selain itu petronas mempunyai usahasama dengan pelbagai syarikat minyak di luar negara. Jumlah import minyak ke MALAYSIA mungkin lebih tinggi dari jumlah eskport TETAPI jumlah eksport petronas dari syarikat2 usahasama di negara2 lain belum termasuk dalam penggiraan ini. Maksudnya disini ialah ;

- kepala hotak andak hanya memikirkan product keluar masuk di malaysia. tetapi tak fikir product yang keluar dari petronas di negara yang lain. Faham?

So jangan terpengaruh dengan penipuan2 mereka. Mereka manipulasikan maklumat. Mereka terang separuh dan mereka sembunyikan separuh. Heh.

Walaupun malaysia bukan OPEC tetapi malaysia masih pengeluar minyak dan masih mempunyai keuntungan berbillion2 hasil dari minyak. Pelaburan petronas dalam dan luar negara sangat besar dan meluas. Rakyat malaysia tak hingin pun makan hasil subsidi sampai mati. Yang ingin diperjelaskan ialah biarlah harga minyak benar2 berpadanan dengan pendapatan bulanan mereka. Apatah lagi minyak global sedang mengalami penurunan drastik.


4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?

Rakyat bukan gila babi nak sangat subsidi, fahami masalah pokok, bukan cari excuse. Masalah pokok ialah ;

kenapa rakyat marah bila harga minyak naik? ==> gaji kecik.

Cara selesai masalah guna akal ==> cari alternatif yg boleh mengurangkan beban rakyat.

Cara selesai masalah ikut bn ==> cari alternatif sebar info palsu supaya rakyat tertipu. 

Hujah andak 

Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22 Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendah pun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10

Hujah AmenoWorld 

Jumlah subsidi minyak ialah rm10.1 pada tahun lepas. Tetapi subsidi IPP ialah rm19billion. Sebab tue aku larang buat perbandingan macam neh. Bukan apa kelak binasa diri. Walaupun subsidi untuk minyak tinggi di malaysia tetapi tetap tidak lebih tinggi untuk subsidi kroni bn. Kena ingat tue. Lagi satu aku tak berapa percaya kenyataan andak bahawa petrol brunei ada subsidi sebab tiada bukti. Tengok bawah ;


Nampak tak color untuk brunei dan malaysia ialah PINK. Pink dalam kotak jadual menunjukkan angka subsidi ialah 0.0 - 21.7%. Dalam erti kata lain boleh sahaja harga petrol di brunei ialah tanpa subsidi. Dan boleh juga kemungkinan harga petrol di malaysia tanpa subsidi. Siapa tahu? Kita tiada data untuk mengatakan ia tanpa subsidi namun dalam masa yang sama bila kita minta data dan penyata kewangan negara untuk menyemak butiran subsidi, kerajaan enggan dedahkan atas sebab OSA. Huk alohh.. Kalau ianya OSA macam mana orang luar boleh klasifikasikan subsidi kita di tahap2 tertentu. Lue fikirlah sendiri.

Dalam erti kata lain, kita taktahu samada petrol di malaysia bersubsidi ataupun tidak. Jumlah subsidi petrol kalau pun bersubsidi tetap tidak sebanyak subsidi untuk kroni negara. Maksudnya disini ;

Pendapatan negara 100 juta [contoh]

Pecahan 1juta = subsidi rakyat. <-- ini yang nak dipotong sbb bebankan negara.
Pecahan 5juta = belajawan/keperluan negara. <-- ini dia ungkit sampai kita mampos.
Pecahan 5juta = pembangunan <-- ini dia canang 1dunia.
Pecahan 89juta = kroni. <-- ini dia protect gila babi.

Faham kan? So andak, urusan tipu2 lue bukan urusan aku. Tapi jadi urusan aku bila ada member minta ulas penipuan lue. Katanya penipuan lue dijadikan hujah umno. Huk aloh.. ini macam punya hujah, aku yang bukan ekonomi pun tahu ia banyak auta beb. Heh.

1 comments:

Zulasyraf said...

panjang nyo mu ulas......ringkaskan sikit..tp padat...huhu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget