Smartkan cover die? Aku mase mule-mule tengok cover tu aku ingat saudara KNB (panggilan kepada penulis) yang jadi model cover novel die ni. Tak tau la betul ke x. Ini novel pertama yang aku beli sendiri. Maklumlah, aku bukan minat sangat pon baca novel ni.
Setelah aku baca novel ni beberapa kesimpulan yang aku boleh buat. Ha! Sebelum tu korang kene tahu yang walaupun aku ni tak minat membaca sangat, tapi aku seorang pembaca yang sangat teliti
Selesai mengkritik. Kelebihan yang ada pada novel ni pulak. Pertama, kalau sesiapa mengenali saudara KNB ni, korang boleh rasa jiwa die dalam novel ni. Sebagai seorang junior beliau dalam debat dan juga seorang sahabat beliau aku dapat rasakan jiwa beliau dalam novel ni. Sangat jelas. Cerita erotis dan lenggok bahasa dalam novel ini cukup menggambarkan dirinya. Kedua, novel ini bukan sahaja memberi pembaca keseronokan membaca novel thriller atau penyiasatan, ia MENGAJAR pembaca supaya kenal perkataan-perkataan melayu yang jarang diguna pakai. Sebab tu semasa membaca aku ada sebuah kamus DBP kat sebelah.
Ketiga, plot cerita yang diguna agak Luar Biasa bagi seorang yang kurang suka membaca novel macam aku. Sebaik mula membaca sukar untuk berhenti kerana ia sentiasa membuat aku tertanya-tanya, lepas ni apa,lepas ni apa? Plot cerita PAST,PRESENT digunakan secara berselang seli dan dengan baik sekali. Sebab tu kene baca dari depan dan jangan langkau. Ia tidak seperti novel yang lain yang boleh diagak jalan cerita serta pengakhirannya. Aku banyak terkejut sepanjang membaca novel ni. Memang mencabar minda dan itu yang seronoknye! Keempat, elemen sarkasme. Tak tahu lah aku eja betul ke tak ni. Saudara KNB ni sarkastik orangnya@banyak dan suka menyindir. Banyak la sindiran beliau dalam novel ni. Chelsea(peminat Chelsea kene beli ni oi!), UMNO(orang UMNO pon kene beli oi!) dan macam-macam lagi. Gelak jugak la aku dekat part menyindir tu. Tapi bak kata pepatah lah, Menyindir tidak menyinggung, Meninggi tidak menyombong.
Itu saja lah sedikit review aku mengenai novel ni. Ni review jujur bukan nak propa ye. Sebab tu dah maki awal-awal lagi. HAHAHA. Sekian dari aku. Nasihat aku try la beli buku ni. Bukan mahal sangat pun.
Ini dia saudara Khairulnizam Baker a.k.a KNB a.k.a Bonzai
p/s:
kalo mau pinjam aku tak kan bagi
nak no phone beliau leh contact saya dan sertakan bayaran RM20
huhahahahaaha
2 comments:
hmm, saudara Amir, bagi kolum P/S: di bawah sekali tu adakah saudara mendapat sebahagian dari royalti jualan PECAH? :D
apapun, bagus sekali ulasannya. i'll buy it!
*tidak la namanya Salah Taip kalau tak ada salah taip dlm novelnya..hehe
**sgt rindu budak2 debat!!
hahaha..xdelah.saje je nak usik saudara bonzai kita ni...kalau rindu datang la jenguk sekali-sekala kami ni
Post a Comment