Kedai 1Malaysia ringankan beban rakyat
KUALA LUMPUR 22 Jun - Diskaun setiap hari. Mungkin itu perkataan paling tepat bagi menggambarkan betapa Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya hari ini mampu meringankan beban rakyat.Kedai yang dirancang akan diperluaskan ke seluruh negara itu menawarkan potongan harga barangan keperluan di bawah jenama 1Malaysia yang cukup istimewa sehingga mencapai 64 peratus daripada harga sebenar.
Antara yang menjadi perhatian adalah penjualan beras super tempatan lima peratus hancur pada harga RM21.99 berbanding RM26.50 untuk jenama terkenal, sardin 425 gram pada harga RM2.99 (RM6.10) dan roti sandwich RM1.79 (RM2.40).
Di sebalik harga rendah, para pengguna tidak perlu meragui kualiti barangan tersebut kerana ia menjadi sesuatu yang amat dititik beratkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad iaitu pihak yang diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai itu.
"Ia menjadi sesuatu yang amat kami pentingkan apatah lagi sebarang kecacatan hanya akan merosakkan reputasi gagasan 1Malaysia dan kami sendiri.
"Terdapat 250 barang keperluan ditawarkan dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Harga ditawarkan adalah kekal dan bukan seperti 'yoyo' kerana matlamat kami bukan untuk mencari keuntungan," kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau menambah, ketika ini Perdana Menteri memang bercadang untuk membuka cawangan kedai itu ke kawasan-kawasan lain agar lebih ramai rakyat mendapat manfaat darinya.
"Kami menyasarkan untuk membuka empat cawangan dalam tempoh dua bulan. Lokasinya bagaimanapun belum boleh diberitahu," ujarnya.
Tidak hanya membawa manfaat kepada penduduk di bandar, pembukaan kedai tersebut sebenarnya turut membawa rahmat kepada pengusaha industri kecil sederhana (IKS).
"Keutamaan penjenamaan produk 1Malaysia ini diberikan kepada barangan keluaran IKS. Ia secara tidak langsung membantu mereka bersaing di pasaran runcit lebih moden," katanya. ( utusan )
Abih semua benda 1 Malaysia.
Klinik, yayasan kebajikan, projek perumahan, sukan dll
woi....tandas bile pulak? Toilet 1 Malaun!
1 Malaysia ikut-ikutan la ni kan?hehehe
0 comments:
Post a Comment