Thursday, November 11, 2010

Zaid nak tubuh parti baru?




SUNGAI PETANI 11 Nov. - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti politik baru sekiranya dikenakan tindakan pecat oleh pucuk pimpinan PKR.-utusan

hahaha...ape pulak yang dah jadi ni? Korang tak tahu ke? Ni lah yang jadi bile bertanding kalah atau pon tak dapat bertanding. Aku pon malas nak ambik tahu ape hal sebenar yang terjadi. Cuma ade satu dua perkara yang aku nak komen sikit lah tentang isu ni.

Seperti yang kita tahu Zaid Ibrahim ni adalah bekas ahli UMNO. Beliau lompat si katak lompat dari UMNO ni katanya disebabkan prinsip yang berbeza. Beliau cakap kalau beliau duduk dalam parti UMNO lagi beliau tak akan dapat meneruskan perjuangan beliau. Akhirnya, beliau pon masukla PKR.

Bagaimana isu ini boleh timbul? Mai aku nak habaq. Masa pemilihan pucuk pimpinan parti dalam PKR hari tu, semasa pemilihan jawatan penting parti iaitu Timbalan Presiden ni, ditakdirkanlah Zaid Ibrahim VS Azmin Ahli. Semasa pengiraan awal jumlah undi, Zaid jauh mendahului Azmin ni. Selepas itu, hah! Di sinilah bermula kekecohannya. Semasa pengiraan ke-3 dibuat, Azmin Ali pulak dah yang mendahului beliau.

Apa lagi. Kalau race orang tinggal kau kat belakang mau kau tak hangin?haha...Zaid pun mula la melenting. Beliau pun mengeluarkan pelbagai kenyataan2. Antaranya ialah :

Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna buat rakyat negara ini.

Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif, memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap

Dan baru-baru ini melalui Utusan (klik kat link tu), Zaid mungkin akan menubuhkan satu parti baru sekiranya beliau dipecat dan dibuang dari PKR. Tambahan lagi, parti yang mungkin ditubuhkan beliau, yang beliau gelarkan Keadilan Baru itu kabarnya akan dinamakan Parti Liberal Malaysia. Namun berita ini belum sahih lagi. Kita tunggulah ye. Itupun kalau Zaid dipecat dari PKR.

Komen saya:

1. Dalam UMNO atau PKR atau dalam mana-mana parti sekalipun akan ada korupsi, menipu undi, berat
    sebelah dan macam-macam lagi masalah. Namun, tindakan beliau untuk keluar parti sekali lagi dan
    menubuhkan sebuah lagi parti tidak akan melenyapkan masalah itu semua. Sekiranya masalah itu ingin  
    diselesaikan, ia perlu diselesaikan dari dalam.

2. Apakah jaminan beliau melalui penubuhan parti baru ini akan menyelesaikan masalah korupsi dan yang
    lain-lain? Apakah dasar yang akan diketengahkan jauh berbeza dengan parti2 yang sedia ada sekarang?
    Adakah sistem pemilihan jawatankuasa tertinggi juga akan berbeza? Atau mungkin pemilihan dalam
    parti akan diawasi oleh penguatkuasa luar negara mungkin?

3. Sebenarnya apa yang ingin dikecapi beliau? Beliau seolah2 masuk kedalam sesebuah parti dengan
    keinginan untuk mendapatkan jawatan paling penting dalam sesebuah parti. Buktinya mudah. Apabila
    pemilihan Timbalan Presiden PKR. Apabila Azmin yang mendahului undi beliau terus melenting.
    Menyatakan pilihanraya dalam parti ini tidak adil. Wujud konspirasi. Ada undi palsu. Apa ini?
    Sekiranya hal ini benar, kemukakan bukti! Selepas itu baru lah bersuara. Kerana without proof 
    you word is nothing!
  
Ok. Sekarang kes Anwar Ibrahim pulak. Yang ini pun satu hal. Macam mana die boleh pulak jadi Pengurus Kempen Azmin Ali semasa pemilihan dalam parti tu? Ramai orang menyertai PKR ni sebab mereka ini penyokong kuat Anwar. Jadi kalau dah Anwar yang jadi pengurus kempen Azmin, mesti la orang pakat sokong Azmin sebab mereka ni, yang fanatik ni menganggap apa sahaja pilihan Anwar adalah pilihan yang sepatutnya mereka buat. Sebab tu lah si Zaid ni melenting!

Sekiranya benar Anwar ni nak lihat pemilihan yang adil, sepatutnya beliau tidak masuk campur dalam pertandingan antara Zaid dan Azmin. Kemungkinan besar Anwar mempunyai muslihatnya sendiri. Biasalah, ahli politik. Mungkin kepercayaan beliau terhadap Zaid belum cukup tinggi.  

Kesimpulannya, sebagai pemimpin kita jangan mudah melenting. Sebagai pemimpin kitya perlu menilai setiap tindakan yang kita lakukan. Setiap tindakan kita ataupun campur tangan yang kita lakukan mungkin memberi kesan yang buruk kepada diri kita bahkan kepada orang yang kita pimpin.  
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget