Monday, November 22, 2010

Kadar pengangguran 2009

Penganggur di Kelantan meningkat

KOTA BHARU 22 Nov. – Jumlah penganggur di Kelantan meningkat kepada 25,733 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 24,336 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan, Mohamad Yaacob memberitahu, antara penyumbang utama kepada pertambahan itu ialah kurangnya pekerjaan di negeri itu.
Beliau berkata faktor lain ialah sikap rakyat Kelantan yang memilih pekerjaan atau enggan berhijrah ke tempat lain kerana mahu bekerja di negeri itu.
Mohamad berkata, jabatan itu sedang meningkatkan kesedaran dalam kalangan penganggur dan lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi menerusi Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja Peringkat Negeri 2010 yang akan diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad ini.
Katanya, melalui program itu sebanyak 2,124 peluang pekerjaan akan ditawarkan yang merangkumi dalam bidang profesional dan teknikal (107), pengurusan (398), perkeranian (20), tenaga mahir dan separuh mahir (440) serta am/buruh/operator pengeluaran (1,159).
Mohamad berkata, peserta program akan diberi elaun RM100 dan tambang percuma sepanjang dua hari itu. – BERNAMA utusan meroyan

Berita di atas aku petik sikit daripada paper utusan. Dekat bawah ni aku lampirkan sedikit maklumat mengenai kadar pengangguran di Malaysia mengikut negeri. Tengok baik2, analisa baik2, fahami dan buat lah keputusan anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget