Barang siapa tidak mengenali beliau, baik brenti je blajar kat uitm tu |
Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 ( berita penuh )
Mengikut Prof. Datuk Dr. Ir.Sahol Hamid,
Penetapan Sejarah sebagai salah satu syarat kelayakan itu bertujuan menyedarkan generasi penuntut hari ini tentang perjuangan pemimpin negara dari dahulu hingga sekarang.
Aku sokong ape yang vc kite ni buat
Namun, mari kita menganalisis lebih jauh sedikit. Setakat ini, hanya UiTM yang mengumumkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk kelayakan ke UiTM. Sedangkan universiti lain belum bertindak sedemikian. Mengapa hal ini menjadi persoalan? Ini disebabkan "keunikan" UiTM berbanding universiti lain.
Kita sedia maklum bahawasanya UiTM ini pelajarnya dari kalangan Melayu dan bumiputera SAHAJA. Itu keunikan UiTM berbanding universiti lain di Malaysia.Sekalipun UiTM tidak mewajibkan lulus subjek Sejarah sebagai syarat kelayakan, mana mungkin akan timbul pertikaian hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Siapa yang cukup gila ingin menolak atau memansuhkan keistimewaan yang diberi kepada diri mereka sendiri? Di sini lah timbul atau wujudkan satu nilai kepentingan bagi universiti lain turut memulakan langkah yang sama seperti UiTM.
Isu kuota 30%,tuntukan Su Kyu, HINDRAF, isu kalimah Allah, azan, biasiswa dan banyak lagi isu lain yang timbul adalah disebabkan pertikaian kaum lain, terutamanya Cina dan India terhadap hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Dan kaum ini menuntut di universiti selain UiTM, seperti UM dan UPM. Sekiranya benar kita ingin motif utama kita ini berjaya
Sekalipun begitu, usaha kerajaan wajar dipuji kerana kita semua seharusnya sedar. Untuk mengubah sesuatu keadaan atau membawa perubahan ke dalam negara, ia akan memerlukan masa yang agak lama. Kesabaran perlulah diiringi dengan usaha yang kuat bagi menjamin kejayaan perubahan ini. Selaku rakyat kita perlu menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yang memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain iatu teras bagi sesebuah perpaduan yang utuh. Berjaya atau tidak itu kehendak Ilahi. Kita hanya mampu berusaha dan berusahalah dengan sebaik-baiknya.
0 comments:
Post a Comment