BPR ROCK!!!
Tiba-tiba rasa nak mengulas sikit tentang lagu ni. Silaturrahim dari Bumiputra Rockers (BPR). Dari dulu sebuah band yang awesome dan terus awesome sampai sekarang! You pakcik you so awesome!
Lagu ini sangat-sangat berkait rapat dengan kehidupan di kota. Kehidupan manusia di bandar-bandar besar. Tempat yang menjadi tumpuan segenap insan mencari rezeki. Tempat untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan akhirnya menjadi tempat yang memisahkan satu manusia dari manusia yang lainnya dengan memberi kesibukan dalam mengumpul harta dan sebagainya.
" Ramai manusia di sisi sombong dan tidak bertegur-sapa"--satu rangkap dalam lagu ni. Di sisi. Satu justifikasi tempat yang melambangkan kedudukan yang sangat dekat. Namun begitu sombong apatah lagi mahu bertegur-sapa. Sinopsis masyarakat apabila wang dan pangkat menjadi pemisah antara manusia. Aku bos dia kuli. Apa celup borak dan minum kopi dengan kuli. Apa celup minum warung kopi, kedai mamak.
Rangkap yang paling aku minat ialah "Jika hidup di perbatasan, peluru tidak kenal kasihan". Rangkap ini mengajar para penyombong supaya imbas kembali, bertafakur sekejap. Apa benar dirinya layak untuk menyombong? Apa udara yang dihirupnya berbeza dengan manusia yang lainnya? Atau memang benar kita semua sama hinanya?
p/s:
tak pandai nak mengulas lagu sebab sukar nak meluahkan perasaan dalam jiwa ni
0 comments:
Post a Comment