Rayuan 4 penuntut UKM dibenar
PUTRAJAYA 31 Okt. - Mahasiswa kini dibenar menzahirkan sokongan atau bangkangan terhadap kegiatan parti politik sama ada dalam atau luar negara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), terbatal dan melanggar Perlembagaan.
Dengan keputusan bersejarah itu, seksyen tersebut yang sebelum ini menyekat para penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap parti-parti politik, diputuskan sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
Keputusan majoriti 2-1 itu dicapai oleh panel tiga hakim selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April tahun lalu.
Komen dari salah seorang hakim,Hakim Mohd Hishamudin:
Hakim Mohd. Hishamudin ketika membacakan penghakiman bertulisnya berpendapat, larangan menerusi Seksyen 15(5)(a) itu tidak munasabah kerana ia menyekat kebebasan bersuara mahasiswa ke arah pembangunan minda yang sihat dan bersifat kritikal.
Pada hemat beliau, universiti sepatutnya menjadi tapak melahirkan golongan pemikir, bukannya institusi yang hanya berperanan mengeluarkan mahasiswa yang dilatih sebagai robot.
Sehubungan itu, beliau tidak nampak bagaimana larangan terhadap golongan penuntut yang melahirkan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik boleh mengganggu ketenteraman awam.
‘‘Saya tidak faham dengan cara apa mereka boleh dikaitkan dengan aktiviti yang menggugat ketenteraman awam? Bukankah, parti politik merupakan entiti yang sah? Bukankah pemimpin politik termasuk menteri juga menganggotai parti politik?’’ ujar Hakim Mohd. Hishamudin.
Betul tu! Setuju dengan pendapat hakim kita ni. Universiti tempat melahirkan golongan pemikir bukan penghafal! Bukan macam komputer. Run berdasarkan sistem yang dah diinstall. Kalau kena lambung sikit dah kalut tak tahu mana nak di tuju. Bukti? Tengok je MPP setiap u yang bongok. Kena tarik hidung macam l#$%. Tapi masih berbangga dengan jawatan MPP mereka. Pikir la der!!
Namun!!
Ada segelintir manusia yang cuba mengekalkan mahasiswa kita dalam kitaran kebodohan dan bebal. Ini komen dari Naib Presiden Parti Melayu Malaysia, Zahid Hamidi:
Aik? Ari tu dalam ceramah kata mahasiswa lah bakal pemimpin negara. Kalau nak jadi pemimpin kena involve dengan politik. Kalau sistem parti pun tak tau tak perintah camno tu datok? Datok sanggah sendiri ucapan datok dalam ceramah hari tu ke ape ni? Datok mamai ek?? Tido la tewwww
Kata beliau lagi:
"Ketika diperkenalkan, berlaku kegelisahan masyarakat disebabkan kuasa pelajar pada 1974 yang saya secara peribadi turut terlibat ketika menjadi pemimpin mahasiswa."
Kah Kah Kah Kah!! Sial kelakar statement ni. This is fact ok. Beliau memang masa tu pemimpin mahasiswa. Tapi bukan pejuang hak mahasiswa atau rakyat tetapi boneka kerajaan! Ketua Mahasiswa Pembodek! Presiden Mahasiswa Pengampu! Kaki Kipas SeMalaysia! Sama macam puak pro-aspirasi! Jilat la oi! Jilat!!
Kesimpulan
Bagaimanapun, penghakiman yang dikategorikan sebagai nas undang-undang itu belum muktamad kerana pihak responden terdiri daripada Kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Kenapa golongan ini pasti merayu? Sebab anak dieorang tak belajar dekat sini! Jadi anak dieorang tak kan join kitaran kebodohan ini! Anak dieorang tak kan jadi robot bodoh yang menurut perintah membuta-tuli tanpa pikir baik buruk!! Supaya senang dieorang nak pow dari anak korang macam dieorang pow korang sekarang. Sebab robot mana menentang!
0 comments:
Post a Comment