Friday, October 21, 2011

Kami Sokong Prof Dr Abdul Aziz Bari.


Assalamualaikum buat semua. Maaf sebab lama tak menulis di blog ini. Maklumlah,sedikit sibuk kebelakangan ini. Boleh baca di post saya sebelum post ini. Sebaik sahaja habis kursus saya, saya dikejutkan dengan cerita Prof Dr Abdul Aziz Bari. Lalu terus saya membuat research, baca berita, utusan media penipu tu pun saya baca sekali. Lalu saya dapat buat kesimpulan bagaimana ilmuan kita ini, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah dianiaya oleh politikus kita yang bacul serta oleh pentadbiran UIA yang sanggup mengenepikan seorang ilmuan demi rasa sedap menjilat bontot ahli politik yang bacul tu.

Berikut merupakan laporan dari Malaysiakini.com:
__________________________________________________________________________________
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.
“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Menurut Aziz, walaupun Sultan Selangor dilihat melaksanakan kuasanya, namun tindakan baginda itu dilihat tidak konsisten.

“Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.

“Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).

“Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik.”
___________________________________________________________________________________

Sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan, Senator kita yang top listed paling bodoh, Ezam Kotak telah membuat laporan polis, kad staf ditarik pihak pentadbiran UIA, disiasat dan diintegorasi oleh pihak polis, dan pelbagai pihak lagi. Ini membuktikan apa? Betapa bebalnya politikus Barisan Nasional dan UMNO. Mereka ingin berkuasa mutlak di sini. Sesiapa pun tidak boleh mengeluarkan pendapat mengkritik sekalipun benar. Pihak berkuasa awam, pentadbiran dijadikan boneka oleh mereka. Yang tidak mahu bekerjasama? Mereka turut diseksa bersama yang menentang. Oh tidak lupa. Zulkifli Noordin cabar beliau untuk debat dan masuk bertanding dalam PRU. Songkok tinggi, nampak alim tapi bebal tahap 1 juta hp (wira tunggal). Ape celup bro bodoh kau. Prof ni scholar bukan orang tamak macam kau!! Asal kritik ajak masuk PRU. Kalau prof masuk lagi mampos lu olang sebab ramai student UIA akan undi beliau. Hilang undi lu olang! Bodoh biar la bertempat!


Golongan totalitarian yang bengong ini memanipulasikan nama sultan dan raja-raja Melayu dalam setiap tindakan mereka menjatuhkan tokoh korporat, wakil rakyat dan ilmuan di Malaysia. Kerana gila kuasa mereka sanggup menjatuhkan para ilmuan dan golongan ulamak. Ini bukan manusia,ini SE###!! NGO yang menuntut prof tarik balik kenyataan pun takde otak! Ade pun tak guna. Sebab? Sebab dikaburkan dengan kemanisan bontot ahli politik bacul yang dibelakang mereka!

Tapi ingat. Sultan Yang Adil Sultan Disembah! Sultan Yang Zalim Sultan Disanggah!!

Akibat mengeluarkan kenyataan di atas (warna kuning) Prof Aziz Bari dituduh di bawah akta HASUTAN. SILA BACA PERUNTUKAN DALAM SEKSYEN 3(2)(a) AKTA HASUTAN 1948!! Terbukti beliau tidak menghasut! Ya Allah. Kenapa la makin bodoh manusia ni.



Disebabkan tindakan oleh kaki-kaki jilat ini semua bagaimana para pelajar UIA yang begitu menghormati ilmuan ( ada juga duduk senyap sebab mereka bacul ) mempertahankan beliau. 10000 mahasiswa menyokong Dr Abdul Aziz Bari telah ditubuhkan oleh mereka.Di sini juga segala update terbaru akan disiarkan oleh mereka. Sekarang ada demo dibuat oleh student UIA untuk menyokong Dr Abdul Aziz Bari. Nampak  tak ramai kan? Golongan yang berani memang tak ramai. Boleh baca tentang sejarah Rasul kita dulu atau sejarah peperangan atau sejarah kebangkitan renaissance atau revolusi kebangkitan mana-mana negara kat dunia. Yang berani sikit, kaki jilat dan bacul berkepul-kepul ramai. Mari sertai mereka di sini.


Kami sokong Prof Dr Abdul Aziz Bari

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget