Awek Sape Sengal Ni?!!HAHAHAHA
Disclaimer: Entri kali ini tidak ada kaitan dengan gambar di atas
Post kali ni tentang pengkelasan otak manusia. Kelas yang cikgu nak ajar hari ini ialah kelas otak bangang dan gedik. Ayuh kita mulakan ye anak-anak.
Setiap hari aku bukak facebook dan selalu disajikan mata aku ni dengan tulisan yang cukup romantis dari seorang individu untuk orang tersayangnya. "Selamat pagi sayang", "I rindu sangat kat U", "Saya cinta awak S****" dan macam-macam ayat lagi lah! Ucapan dalam bentuk tulisan digital ni bukan dari lelaki kepada wanita je, tetapi juga dari wanita untuk lelaki. Jadi nampak kan bayang-bayang topik kita bangang dan gedik tadi bukan? Bagus! Pandai anak-anak. Nanti cikgu blanje askem.
Sebenarnya macam mana individu ini boleh masuk dalam kategori bangang dan gedik ni? Apakah menzahirkan rasa kasih dan cinta kepada insan tersayang itu salah? Anak-anak. Tindakan menzahirkan sayang kepada orang yang kita cinta tidak salah. Tapi kalau zahir dengan rogol die memang salah la. Yang membuat mereka join kategori ni adalah disebabkan ketaksuban menunjuk-nunjuk di hadapan public. Ini dunia social networking anak-anak. Ramai orang tengok apa anda post di facebook. Kenapa tidak gunakan sahaja chatting yang lebih bersifat privasi atau mesej melalui inbox facebook sahaja? Jelas bukan mereka ingin menunjuk-nunjuk?
Kalau jarang-jarang sekali menunjuk-nunjuk tidak mengapa. Masih lagi boleh bertolak-ansur. Tapi kalau dah setiap hari dok gedik pos sayang awak,cinta awak,yang sana pon reply sayang awak jugak,rindu awak jugak,rindu sangat-sangat,nak peluk,siap icon love-love,cium-cium tak ke gatal namanya tu. Kalau dah gatal garu ikut belakang orang takpe lah. Ini dah la gatal tunjuk depan orang. Tak malu ke kaum kerabat,family tengok status yang korang post tu? Kalau family je tau ok lah lagi. Tapi kalau Makcik Kiah tahu? Heboh satu kampung dia mengata korang gedik dan gatal. Malu muka mak bapak. Kalau sampai jinjang pelamin Alhamdulillah,kalau putus tengah jalan? Malu beb dan bro! Bercinta macam nak rak, tapi putus ditengah jalan?HAHAHAHA!! Malu woi!
Satu lagi sebelum cikgu terlupa anak-anak. Kalau menunjuk-nunjuk awek dieorang memang kaw-kaw punye cun ok lah. Ni ade muke macam sampan pecah ape celup?! Kalau muka bf memang handsome ok lah nak menunjuk-nunjuk depan kawan-kawan. Ni kalau muka macam lori sampah punye tayar yang pecah ape kes?!
Jadi nasihat cikgu, jangan menjerumuskan diri anak-anak dalam golongan ini ye. Ingat. Bukan dapat apepon kalau kita berlagak dan menunjuk-nunjuk. Orang makin jelek dan benci ada lah. Kecuali Megan Fox atau Lisa Surihani atau Ha Ji-won ialah awek korang, dengan itu wajib berlagak!
Semoga bertemu di kelas yang lain.
Renung-renungkan. Selamat beramal
0 comments:
Post a Comment