‘Bob usah hipokrit, riak’
KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.
“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.(metro)
____________________________________________________________________
Mangkuk hayun betul la mat rock sekor ni. Kenapa mangkuk hayun? Ye lah sebab die kate bob lokman tu sengaja mencari publisiti murahan lah, itulah inilah. Sedangkan kalau anda baca atau dengar dalam mana-mana ceramah, bob ni sekadar menegur dunia artis. Mungkin ada di antara kalian tidak tahu dan tidak percaya namun sudah belambak la bukti yang dunia artis malaysia ni terutama artis MELAYU dan ISLAM macam kehidupan artis bukan Islam. Bergelumang dengan arak, zina, fitnah dan macam-macam lagi. Search je nama artis tu kat internet macam-macam berita tak elok ada. Kalau die tak buat masakan ada berita itu donk......
Tentang si awie ni pulak, hangin semacam je korang tak rase pelik ke? HAHAHAHA. Meh sini nak bagitau. Ni pendapat aku je lah. Awie ni mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai adalah seorang berstatus Ayahanda dalam PEKIDA@3 Line. Pertubuhan ni,cube teka sape tubuh? Pandai!Pak Lah. Pak Lah ni sape? Bekas PM. PM ni dari mana? UMNO. Jadi pabila mana bob ni masuk PAS dan menegur rakan-rakan dalam dunia hiburan, apa lagi, melenting + naik minyak la awie. Kire artis UMNO lawan ex-artis yang join PAS ler ni. Dah nampak trik kat situ? Yang paham bagus, yang tak paham tu banyak-banyakkan membaca ye.
Sebenarnya tindakan bob menegur rakan-rakan artis beliau ini sangat bertepatan sekali dengan tuntutan agama Islam. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Barang-siapa melepaskan kesusahan seorang muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat; barang siapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya."
(riwayat Muslim).
Perhatikan ayat Menolong Saudaranya. Memberikan pertolongan mempunyai pelbagai cara. Antara yang jelas dilakukan oleh bob ialah pertolongan melalui teguran dan nasihat. Bila kita menghalang dan mencemuh orang yang cuba menyampaikan sesuatu yang baik apa korang rasa yang Allah akan bagi kite? Pahala ke dosa? Fikir-fikirkanlah........
0 comments:
Post a Comment