Friday, April 29, 2011

Ini kerja bodoh






29 April 2011---Si Eskay ni buat sumpah laknat. Maka nak dijadikan bertendumlah sorak piak dari golongan penyokong tegar kerajaan. Bergembira gerombolan yang mahu manjatuhkan Anwar Ibrahim. Mereka mencabar Anwar untuk turut melakukan sumpah laknat. Tapi para pembaca sekalian yang bodoh dan yang pandai anda semua tahu apa itu sumpah laknat? Anda tahu hukumnya dari segi Islam? Kalau tidak tahu jangan jadi bengong duduk bersorak piak semua. Disebabkan saya bimbang sindrom BODOHISME menular dikalangan rakyat Malaysia, di sini saya kongsikan sedikit maklumat mengenai sumpah laknat.

Sumpah Laknat

1. Sumpah laknat juga dikenali sebagai sumpah mubalah
2. Sumpah ini hanya wujud dalam perdebatan melibatkan akidah dan tidak bersangkut-paut dengan hukum   syara'. Contohnya perdebatan antara ahli agama lain (kristian,yahudi) dengan ulamak Islam sahaja.Maknanya dalam Islam, tiada sumpah laknat dalam memberikan tuduhan zina ke atas seseorang.
3. Sumpah untuk membuktikan tuduhan zina hanya boleh dibuat atau dalam Islam kalau eskay ini betul Islam lah kepada ISTERI sahaja! Ia digelar Li'an.Kalau tidak percaya bukak Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10. Tak tahu translate baca yang ada terjemahan.

Analisis Ringkas

Kalau betul eksay nak buktikan bahawasanya tuduhan beliau itu benar, dan kalau benar mahu mengikut cara Islam, beliau perlu kemukakan 4 orang saksi dan antara syarat untuk menjadi saksi ialah tidak boleh fasik!

Perangai suka bersumpah laknat ini bermula dengan episod dakwaan liwat oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim. Sekarang konsep sama ini diteruskan pula oleh eskay. Semata-mata untuk menjatuhkan Anwar, mereka ini sanggup melakukan apa cara sekalipun. Sekalipun terpaksa bersumpah bohong (mungkin?). Mereka ini lebih rela memperkudakan agama demi mencapai matlamat peribadi.

Tiba-tiba hal ini didedahkan oleh bekas rakan karib Anwar sendiri. Anda tidak nampak akan sesuatu yang sangat mencurigakan disebalik tindakan beliau? Mungkin kalau berjaya berjuta-juta projek dan tender dalam tangan? Mungkin kalau berjaya akan memperolehi gelaran dan pangkat yang lebih tinggi? Ia tidak mustahil bukan?

Kalau dengan seorang bersumpah dan yang lainnya tidak melakukannya sudah cukup membuktikan seseorang itu bersalah,baik mahkamah dan sistem kehakiman Malaysia dihapuskan terus. Orang zaman sekarang sanggup menampung dosa daripada dikenakan hukuman di dunia ini.

p/s:
kalau xpandai agama belajar 
kalau xpandai agama tanya
belajar tinggi kalau agama kurang bodoh jugak
yang tukang sorak anda pun kongsi dosa taw
jangan biarkan diri kita bodoh dan jahil selamanya
matlamat tidak pernah menghalalkan cara kalau korang Islam lah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget