Rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada mengenai seni dan dunia debat selepas membaca penulisan daripada makhluk misteri yang mengarang dalam mindamind-Berkongsi Pengalaman,Mengembangkan Ilmu dan Menyumbang Bakti . Kata-kata yang dizahirkan dalam bentuk karangan ini begitu mendalam sekali
Fakta Hanya Sekadar Fakta
Bagi yang masih baru atau mungkin yang sedikit lama dalam arena perdebatan, anda kenal ayat ini? Saya pasti anda pernah mendengarnya. Kalau tidak semasa dalam latihan atau pertandingan, mungkin ketika mengumpat, mencarut atau memaki tentang seseorang yang lain
Sebelum itu apa yang dimaksudkan FAKTA? Kalau merujuk kepada Kamus DBP, fakta bermaksud sesuatu perkara yang benar-benar berlaku, sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan atau maklumat tentang seseorang dan lain-lain yang berkaitan. Dalam kata lain fakta ialah sesuatu perkara yang dapat dibuktikan melalui sumber yang tertentu seperti kata-kata pemimpin, nombor dan bilangan, bentuk fizikal, kajian sains dan macam-macam lagi. Antara sumber fakta yang popular adalah seperti akhbar, buku dan laman web di internet.
Fakta hanya sekadar fakta ini mempunyai maknanya sendiri.Ayat ini dihasilkan dengan niat memberi nasihat kepada sekalian penuntut seni debat dan orator untuk menganalisis serta menterjemahkan fakta yang diperolehi. Kesukaran menentang atau melawan fakta pihak lawan adalah antara masalah yang terbesar dihadapi oleh pendebat-pendebat muda. Sebagai contoh ; Malaysia Semakin Maju. Apabila pihak kerajaan mengemukakan fakta seperti peningkatan keluaran dalam negara kasar ( KDNK ) sebanyak 25% bagi tahun 2010 berbanding 2009. Maka pendebat muda di pihak pembangkang pasti bermandi peluh untuk menjawab dan membalas fakta ini sedangkan fakta sebegini tidak sukar ditentang berhadapan.
Fakta yang dikemukakan oleh pihak kerajaan pasti benar kerana akan diselitkan dengan sumber autoriti. Namun untuk membalasnya, kita perlu mengambil satu perspektif yang lain. Perspektif fakta di atas adalah dalam bentuk positif dan pastinya untuk menentang satu pembalikan perspektif itu perlu, perspektif negatif.
Antara analisis yang boleh dilakukan ialah dengan melihat masalah yang dihadapi negara sewaktu fakta itu dikeluarkan. Contoh masalah hutang negara, defisit dalam belanjawan negara, peningkatan harga barang dan pelbagai lagi bentuk permasalahan yang timbul-boleh didapati dengan melihat situasi masyarakat pada waktu itu. Lihat. Tidak sukar bukan?
Itu dari segi serangan positif vs negatif,iaitu serangan yang kerap diguna. Dalam perdebatan ada pelbagai teknik serangan yang diguna. Di UiTM saya didedahkan dengan 2 konsep serangan yang seboleh-bolehnya hadir dalam menentang hujah dan fakta pihak lawan. Hal ini memang tidak dijelaskan atau dinamakan oleh senior-senior atau coach UiTM namun saya dapat merasai konsep itu wujud
Selain daripada menarik perhatian penonton dan menambahkan kehangatan perdebatan, perbuatan memperkecilkan fakta pihak lawan boleh meningkatkan keyakinan diri. Selain itu ia akan menjadi satu bentuk tekanan kepada pihak lawan; emosi terutamanya. Orang yang cepat melatah akan senang untuk dijatuhkan. Permainan dan serangan psikologi ini amat penting dalam perdebatan. Namun jangan memperkecilkan fakta dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kasar atau mengeji-ngeji fizikal pihak lawan. Itu kurang ajar atau biadap namanya. Sekadar sindiran dibenarkan malah amat digalakkan.
Nampak 2 konsep serangan ini? Ada pelbagai lagi jenis serta bentuk serangan yang boleh dibuat dan di sini apa yang saya kongsikan adalah melalui pengalaman dan sedikit ilmu di dada ini. Lain orang lain caranya. Dengan mengamalkan dua konsep ini diharapkan perdebatan akan bertambah menarik dan seronok untuk didengari. Anda ingat penonton menonton perdebatan untuk mendengar kehebatan anda berhujah dan memberi fakta semata-mata? Tidak sama sekali. Cara anda menyerang akan membuktikan kebolehan anda berfikir dalam waktu yang singkat atau mungkin spontan serta kematangan anda dalam cabang ilmu ini. Sekiranya anda dapat mengkolaborasikan pelbagai teknik serangan, pasti perdebatan akan bertambah menarik. Jangan bimbang kerana seni debat itu sentiasa berevolusi
Itu sahaja buat masa ini yang dapat saya kongsikan dengan anda. Sekiranya mempunyai kelapangan masa, saya akan berkongsi lagi mengenai hal-hal debat yang lain pula. Bagi yang masih baru dalam debat belajarlah. Jangan malu disaat rakan anda maju lebih cepat daripada anda. Biar lah kita bermula secara perlahan sekalipun kerana jika kita benar-benar mahu akan ilmu itu hanya dengan usaha yang kuat akan membuahkan kejayaan. Orang yang cepat maju mungkin kerana itu bakat yang dianugerahkan untuk mereka. Jangan takut untuk bertanya kerana percaya cakap saya, tiada yang lebih ramah dan terbuka dalam berkongsi pendapat dan memberi tunjuk ajar selain daripada pendebat.
Sekian, terima kasih.
2 comments:
pre-empting, bukan pre-attacking. but good job bro
ek?hahaha...tu la.reka sendiri nama
Post a Comment