Saturday, September 18, 2010

masjid groud zero mengancam dunia Islam


1.  Pembinaan masjid ini berdasarkan plan awalnya akan dibina di atas tapak runtuhnya WTC pada   
    peristiwa 9/11.ingat tak lagi?kalau tak ingat tekan link ni Peristiwa 9/11 .
2.  Pembinaan masjid ini dicadangkan oleh sebuah pertubuhan antarabangsa yang dinamakan Cordoba Initiative 
3.  Semenjak pembinaan masjid ini diusulkan terlalu banyak masalah yang berlaku. Demonstrasi dan
    rusuhan di AS, bantahan secara ekstrim tapi golongan tertentu terhadap agama dan umat Islam.
4.  Persoalannya, mengapa hendak dibinanya pusat Islam itu diatas tapak tersebut? Saya bukan membantah
    pembinaan ini namun perkara ini agak sensitif bagi masyarakat AS ataupun secara terus masyarakat  
    Kristian. Maklumlah, peristiwa 9/11 pon dikaitkan dengan umat Islam. Umat Islam yang dikatangan   
    mendalangi peristiwa berdarah itu.
5.  Disebabkan peristiwa itu lah semakin kuat nya Islamofobia dalam kalangan masyarakat dunia, AS
    terutamanya. Dan akhirnya kita lihat kepada serangan mereka terhadap negara2 Islam seperti Iraq dan
    kecaman2 yang semakin kuat terhadap Syria, Iran, Afganistan, Palestin dan banyak lagi.
6.  Ok. Masuk terus kepada persoalan mengapa saya katakan pembinaan masjid ground zero mengancam
    dunia Islam? Pembinaan masjid ini akan menguatkan lagi kebencian masyarakat Kristian kepada umat
    Islam. Bagaimana dengan peningkatan kebencian ini boleh mengancam dunia Islam?
7.  Kita lihat serangan AS dan sekutu2nya terhadap Iraq dengan alasan senjata nuklear yang kononnya ada
    pada Iraq dan mengancam dunia sedangkan sehingga ke hari ini masih belum ditemui. Serangan ini juga
    bermula daripada kebencian,bermula pada 9/11. Akibatnya? Beratus ribu malah mungkin berjuta rakyat
    Iraq yang mana majoritinya Islam terkorban.
8.  Kedua, pengaruh media. Kita lihat bagaimana begitu kuat media anti-Islam mempropagandakan isu ini.
    Katanya Islam menghina kematian warga Kristian dengan pembinaan masjid di tapak kematian
    saudara-mara mereka. Katanya Islam cuba menguasai dunia dan banyak lagi. Hingga terjadinya peristiwa
    membakar Al-Quran,kitab suci umat Islam. Tidakkah ini menimbulkan kemarahan dikalangan umat Islam?
    Sekiranya berlaku perbalahan antara agama tidakkah umat Islam akan diancam?
9.  Ketiga, kegembiraan Israel. Seperti yang kita tahu, Israel adalah pembunuh utama rakyat Palestin. Di
    Genting Gaza, bagaimana setiap hari rakyat Palestin dibunuh. Kiblat pertama umat Islam, Masjid
    Al-Aqsa, ditawan dan umat Islam dilarang menunaikan ibadah di dalam masjid yang dianggap antara
    masjid paling suci dalam Islam. Cerita tentang sebuah masjid bakal didirikan ditapak 9/11 mengalihkan
    perhatian masyarakat dunia daripada kesengsaraan rakyat Palestin,setiap hari dibedil, dibom, dibunuh
    dan pelbagai lagi bentuk seksaan yang dilakukan oleh Israel terhadap mereka. Ia memberi ruang kepada
    Israel untuk melakukan pembunuhan dan menceroboh tanah umat Islam. Ini bukan ancamankah?
10. Yang terakhir, kegagalan fungsi. Kegagalan fungsi? Ya.nama ini agak kelakar namun itulah realitinya.
       Matlamat utama sesebuah pertubuhan atau kesatuan Islam selain daripada menyebarkan dakwah,
       meningkatkan taraf hidup umat Islam, ia juga berperanan membina jambatan persahabatan antara
       umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Namun ia gagal. Kerana apa? Mungkin disebabkan
       kegopohan mereka. Mungkin juga disebabkan kealpaan mereka menjaga sensitiviti masyarakat lain.
       Dalam isu ini adalah kegagalan mereka mencari jalan yang betul dalm menjernihkan imej umat Islam.
       Pada awalnya begitulah matlamatnya, namun akhirnya menguatkan lagi kebencian masyarakat AS
       kepada dunia Islam. Demonstrasi, laporan media, kecaman terhadap umat Islam buktinya.
11.  Pada pandangan saya, perancangan untuk membina masjid ini perlu dihentikan. Masjid memang sebuah
       tempat yang suci namun sekiranya ia boleh menyebabkan ancaman kepada umat Islam adakah ia
       berbaloi? Sekiranya masjid ini berjaya didirikan namun akan lebih ramai umat Islam hidup dalam
       ketakutan adakah ia berbaloi? Firman Allah S.W.T :

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;



taubah_107
Maksudnya;
“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

kita mahu perkara ini benar2 berlaku?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget