Kurangkan jumlah penjawat awam di negeri pembangkang
09/11/2011 8:32pm
KUALA LUMPUR 9 Nov. – MCA hari ini mencabar pakatan PKR-DAP-Pas mengurangkan jumlah penjawat awam di negeri yang mereka tadbir dan tidak memberi helah akan melaksanakannya jika mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan.
Parti itu berkata, kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bahawa pakatan itu akan mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan telah ditolak oleh Pas sendiri apabila akhbar parti itu, Harakah, memetik Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, pakatan itu tidak pernah membincangkan perkara tersebut.
"DAP juga tidak menunjukkan komitmennya terhadap isu itu. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, mereka sepatutnya melaksanakannya di negeri yang mereka tadbir terlebih dulu.
“Tapi hingga hari ini, mereka tidak berbuat demikian di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan,” kata Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Tony sering menyerang kerajaan Persekutuan, tetapi apabila kerajaan Selangor membuat keputusan menaikkan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awamnya serta menyerahkan projek kepada juruperunding luar dan tidak menggunakan sumber dalaman negeri, mereka tidak pula mengkritik langkah itu. – Bernama
Gila bodoh wakil-wakil rakyat ni. Disebabkan perbezaan ideologi, penjawat awam yang akan menjadi mangsa? Benar kata pepatah. Babi berbalah itik mati di tengah-tengah.
Oi malaun! Korang takpa lah gaji tinggi melangit. Elaun sebagai wakil rakyat pon dapat. Kamu diundi untuk menjaga kami bahlul! Bukan menindas. Sepatutnya isu pengurangan penjawat awam tidak boleh naik atau hadir langsong. Yang menjadi masalah dalaman bukan disebabkan penjawat awam tersebut, tetapi sistem yang wujud!
Ya memang tidak dinafikan wujud tali baru UMNO dan BN dalam kalangan penjawat awam di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat namun dengan memecat mereka semudah itu bukan penyelesaiannya. Sekalipun negara mempunyai kadar peningkatan hutang yang tinggi, perkara ini perlu cuba dielakkan sedaya-upaya.Mereka ada keluarga. Ada anak bini nak ditanggung dan diberi makan. Ada hutang kereta nak dibayar, sewa rumah lagi. Bukan semua orang senang macam kamu! Apa punya bebal manusia ni!
Jika kerajaan terdahulu berjaya buat mereka tunduk, taat dan sanggup menjadi tali barut mereka, sepatutnya kerajaan PR juga bertindak demikian. Basuh semula otak mereka. Perkenalkan sistem yang baru. Baru lah rakyat pun tak marah. Sokongan kepada PR pun berterusan.
0 comments:
Post a Comment