Saturday, July 16, 2011

Semangat itu penting


Reds hebat kita menyengat
KUALA LUMPUR – Kalah tapi ada peningkatan. Itu perwatakan yang dipamerkan skuad kebangsaan apabila tewas 3-6 kepada Liverpool dalam aksi persahabatan dalam Siri Jelajah Asia kelab itu di Stadium Nasional, semalam. utusan 

Tahniah kepada pemain Malaysia atau aku lebih suka mengenali mereka dengan gelaran Harimau Malaya dalam perlawanan menentang The Reds semalam. Jika sebelum ini prestasi bola sepak di negara kita sangat mengecewakan namun dengan kemunculan pemain-pemain baru kita dapat lihat peningkatan prestasi serta pencapaian sukan bola sepak di negara kita ni.

Bukti? Banyak sangat dah. Paling mudah kebanjiran penyokong di stadium. Kalau dulu Malaysia lawan mana-mana pasukan yang buat tour kat sini lengang je stadium. Tapi sejak dua menjak ni stadium sentiasa gamat dengan penonton. Sekalipun hanya perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab kecil dari Indonesia atau Singapura.

Perasaan hati ni sukar untuk digambarkan. Mungkin berbeza dengan beberapa rakan yang lain, atau sesiapa sahaja yang membaca post ni, aku memang lebih sukakan bola sepak Malaysia berbanding luar negara sekalipun dibandingkan dengan liga Inggeris atau Sepanyol. Dan pada pendapat aku, tak tahu lah pendapat korang semua kan, pemain-pemain kita yang bermain untuk negara sekarang nampak jelas semangat mereka untuk mengharumkan nama negara kita dalam arena bola sepak antarabangsa setelah sekian lama kita terpinggir.

Dengar cerita semasa perlawanan menentang Arsenal baru-baru ni pemain kita diejek oleh penonton Malaysia sendiri. Apa ni bhai? Kalau letak korang main bukan 4-0, paling koman pon Arsenal rembat korang 10-0. Kalah atau menang tak penting. Yang lebih penting semangat mereka. Kalau main tak best tu kritik dan tegur. Bukan BOOO je. Insyaallah dengan sokongan dari rakyat kita, bola sepak kita boleh pergi lebih jauh. Sama-sama kita doakan. 



Kat bawah video sepakan percuma dari Sapiq Rahim

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget