Friday, February 11, 2011

Mana arahnya?

 

yes it is for all. But the one who above please always look at below

 

Pas takut sokongan rakyat Kelantan makin pudar - Mustapa

11/02/2011 3:31pm

PASIR PUTEH, 11 Feb. - Pas semakin resah melihat sokongan rakyat Kelantan terhadap parti itu semakin pudar dan mereka kini mula menerima kembali UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, keadaan itu jelas dilihat apabila rakyat menolak Pas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas dan sebelum itu di DUN Manik Urai apabila calon parti itu hanya menang dengan majoriti tipis.
"Lebih menggusarkan mereka apabila kita melancarkan Gelombang Merah baru-baru ini, mereka bertindak membuang kain rentang mengenai program itu yang digantung di merata tempat.
"Mereka juga semakin resah apabila tidak ramai lagi penyokong menghadiri ceramah mereka dengan ratusan malah ribuan rakyat mula beralih menghadiri program UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UMNO Kelantan di sini malam tadi.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO Kelantan akan memantapkan lagi kedudukannya bagi memberi keyakinan kepada rakyat supaya memilih BN pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama utusan


hahahaha.....dah kau umno mestila kau bilang macam itu pak....hahaha

hahaha...kalau kate sokongan rakyat makin kurang dengan bukti kekalahan di Galas aku leh la terima. tapi sebab menang di Manik Urai pon dikatakan sokongan rakyat berkurang jugak?...hahahaha

adoi...kate menteri.ini sifir mudah bhai.mudah.xperlu pakai add math, kalkulator 570casio atau buku sifir...mati la macam ni

Pesanan buat pemimpin PAS,

Ada benarnya kata2 Tok Pa ni ( walaupun kebanyakannya merapu ). Kerajaan negeri tidak berapa aktif. Dalam pembangunan negeri, kerajaan PAS semakin aktif dan memang tidak dapat dinafikan ( xpercaya? p tengok kat kelantan ). Namun masalah dalam PAS sekarang ialah dalam usaha menangani segenap tohmahan yang dilempar oleh kerajaan BN kepada kerajaan PAS. Jangan mengharap rakyat akan tahu, faham dan mengerti hal yang sebenar. Sewajarnya kerajaan PAS lebih giat dalm usaha memberi penerangan keadaan sebenar kepada rakyat. Bukan setakat berceramah diselangi dengan sindiran2 terhadap kerajaan BN. Apa guna kita ada radio? Internet tidak cukup kerana kebanyakan rakyat Kelantan masih mengalami kesukaran mendapatkan akses. Cuba lah lebih kerap turun padang menjeguk rakyat. Setiap pagi sebelum ke pejabat, singgah la kedai kopi. Borak kejap. Tak berdosa pon bertemu rakyat ni. Seminggu atau sebulan sekali buat la pertemuan dengan masyarakat setempat di balai raya ke mana ke. Tanya masalah mereka..Tak perlu menghabiskan jutaan ringgit untuk televisyen ke ape ke...malahan teknik ini lebih berkesan.

Aku tulis sesuka hati je. Tapi tulisan ni datang dari hati seorang rakyat kelantan sendiri. Aku tak tau selepas ni, selepas ketiadaan Tok Guru Nik Aziz, siapa yang cukup berkaliber untuk meneruskan perjuangan PAS di kelantan. Aku xnampak siapa. Mungkin ni silap aku sendiri, tapi mungkin ada dikalangan rakyat kelantan yang turut sama berkongsi perasaan ni. Isi hati ni. Memang betul kita tiada duit sebanyak kerajaan pusat. Memang benar kita xmampu peruntukkan berjuta2 ringgit bagi setiap pilihanraya kecil bagi melunaskan setiap janji. Memang benar semua itu. Tapi biarlah. Kita masih boleh membangun dengan seimbang TANPA BANTUAN KERAJAAN PUSAT. Kita lebih kaya daripada negeri2 yang dapat bantuan kerajaan. Berapa banyak defisit belanjawan Pahang setiap tahun? Kita steady je. Rakyat kelantan sendiri. Lantak lah orang kate ramai yang cari kerja kat luar sebab kat negeri kita tiada ruang pekerjaan. Kerana akhirnya duit ini akan disalurkan ke negeri kita juga. Tolonglah. Kami hanya mahu pemimpin yang kami angkat ni, datang dan jenguk kami. Tanya kami ni sihat ke tidak, cukup makan ke tidak. Setakat derma RM100 pun kami cukup bersyukur dan kamu tidak akan muflis pon.

Sorang2 berketayap, kopiah, songkok bagai. Hari2 ceramah agama. Tapi nak bersedekah pon kedekut? Berubah lah. Kami akan menunggu. Namu ingatlah. Batu yang keras kalau setiap hari dititis air di atasnya lama2 lekuk juga. Sebelum satu undi lagi menghilang, berubahlah...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Bird Gadget